Followers

Friday, 2 November 2012

cara2 menjadi muslimah sejati



                                               ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!~~                                                        


Hmm..sebanarnya apakah yang dimaksudkan disini tentang muslimah sejati? menjadi seorang muslimah itu sebenarnya tidak cukup dengan hanya memakai tudung labuh semata2 ianya lebih dari itu..ia berkaitan dengan pembentukan akhlak seseorang itu. Nak jadi yang terbaik sebagai seorang wanita islam itu bukanlah perkara yang mudah namun ia juga tidak merupakan sesuatu yang mustahil kan?


Dalam usaha menjadi seorang muslimah ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui dah usahakan iaitu:

* Muslimah sejati tidak dilihat daripada sudut secantik mana bentuk tubuhnya atau sehalus mana kulitnya, tetapi dilihat daripada segi sejauh mana dia berusaha menutup auratnya sesempurna mungkin.

* Muslimah sejati juga tidak dilihat daripada seindah mana lantunan suaranya tetapi dilihat dan dinilai dari segi  tutur bicaranya dan apakah yang dibicarakan.

>>"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

*Muslimah sejati juga bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

*Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

*Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

Alhamdulillah...haa itulah dia sedikit sebanyak pekongsian kita kali ini..insya Allah kalau sesiapa yang membaca ini ingin mengutarakan pendapat mereka, silakan..sama2 kita saling ingat mengingati dan saling memperbaiki..InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment