Followers

Tuesday, 31 December 2013

as salam...
hmm..tak fahamlah..bila kita diam org akan kata kita ni introvert lah..passivelah..tak bersosial lah..sedangkan bukankah diam itu lebih baik drpd banyak cakap tp banyak bercakap perkara yang sia2 dan tidak bermanfaat..kadang2 kita tak sedar pun yang bila kita banyak sgt ckp, possibility utk org terasa or kecil hati dgn kita makin tinggi because bila kita byk sgt bercakap, we tend to forget what we said..and bila kita sedar perkara ni, sebenarnya itu ialah didikan Allah SWT untuk kita diam..
DIAM tu perisai kebodohan dan DIAM itu juga boleh menjadi penghias kebijaksanaan.. sedar tak sedar sebenarnya dgn DIAM tu kita boleh meraih pahala and menghindari dosa..tapi janganlah diam aje bila kebenaran secara terang-terangan dipalsukan..masa tu berhujahlah menegakkan kebenaran..
fikir-fikirkanlah ya..as salam
Assalam,
dalam hidup ini, bila kita buat baik pada orang lain, jangan harapkan balasan hatta ucapan terima kasih pun daripada dia, buat dengan hati yang penuh ikhlas dan tak mengharapkan apa2 balasan..sebab bila kita mengharapkan dia membalas budi baik kita cthnya seperti ucapan terima kasih dan dia tak ucap, kita akan rasa kecil hati atau marah dan secara tak langsung terlintas" apalah dia ni, orang dh tolong, cakap terima kasih pun tidak!" padahal kita tak tau entah2 org tu lupa nk ucap terima kasih dan sebaliknya, dia mendoakan supaya Allah balas kebaikan kita...hmm fikir-fikirkanlah..
p/s: buat dgn niat hanya kerana Allah SWT, dgn cara tu,insyaAllah hati yg bersih dan ikhlas sapat dipupuk dgn lebih mudah lagi.

Monday, 30 December 2013

kalau hidup lagi 24 jam

 
assalam, kalau kita katakan bahawa kita semua cuma ada masa 24 jam je utk terus hidup di dunia ini sebelum ajal menjemput kita, saya yakin pasti ramai yang akan cepat2 bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT. mana2 yang selalu lengah2kan solat tu mesti akan cepat2 tunaikan solat, mana yg selalu buat maksiat pasti akan segera meninggalkan semua perbuatan haram itu, pendek kata, kita akan berebut2 untuk mencari keredhaan Allah SWT..
tapikan, tanpa kita sedari, sebenarnya, mungkin kita cuma ada tempoh 5 jam?4 jam? 3 jam? 1 jam? ataupun 10 minit je sebelum ajal menjemput kerana kita tak pernah tahu tarikh kematian kita, semua itu adalah rahsia Allah SWT. kenapa tidak kita mula bertaubat sekarang kerana mati itu kita tak akan tahu bila..wallahualam

Monday, 21 October 2013

Assalam semua, ikhtilat? apa tu? ikhtilat ni ialah percampuran atau pergaulan di antara lelaki dan perempuan sama ada dalam bentuk perkumpulan ataupun secara bersendirian..pergaulan ni memerlukan mereka untuk bertemu, berkomunikasi, bertegur sapa dan berpandangan..ikhtilat ni boleh juga belaku dalam alam maya, contohnya chatting dgn lelaki bg yg perempuan dan vice versa..haa korang tgh berikhtilat la tu..ikhtilat ni tak salah selagi korang masih menjaga batasan dan selagi tidak menimbulkan fitnah..tapi dalam nak berikhtilat tu kalau boleh janganlah berdua aje..ajak2 lah kawan2 yang lain..bukan apa..takut nanti menimbulkan fitnah..hukum bagi mereka yang membangunkan fitnah itu sangat besar..Allah melaknat mereka yang membangunkan fitnah..

.Nabi SAW bersabda: “Fitnah itu tidur, dan Allah melaknat siapa saja yang membangunkannya.” (HR. Ar-Rafi’iy)...

korang semua jangan risau..sebenarnya bila Allah SWT perintahkan kita untuk menjaga ikhtilat itu adalah tanda Allah SWT sayangkan kita..dan yang untung bila menjaga ikhtilat itu kan diri kita sendiri..Ikhtilat dalam Islam begitu penting bagi menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. Semua umat Islam wajib menjaganya. Ikhtilat tidak tertumpu kepada mereka yang remaja sahaja malah kepada semua golongan yang telah pun baligh sama ada yang dewasa atau pun yang sudah berusia..
Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa - See more at: http://wanfauzi.com/definisi-ikhtilat-hukum-menurut-syara/#sthash.R0ON33uC.dpuf
Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. - See more at: http://wanfauzi.com/definisi-ikhtilat-hukum-menurut-syara/#sthash.R0ON33uC.dpuf
Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. - See more at: http://wanfauzi.com/definisi-ikhtilat-hukum-menurut-syara/#sthash.R0ON33uC.dpuf

Bila korang dah biasa nanti korang akan rasakan yang sebenarnya ikhtilat ni senang je..jujurnya, saya bukanlah seorang yang sangat arif bila tiba bab2 menjaga ikhtilat ini..tapi tak salah rasanya jika kita berusaha sehabis mungkin dengan ilmu yang kita ada ni dan berusaha menambah lagi ilmu2 kita ni..akhir kata, marilah kita sama2 saling ingat-mengingati antara satu sama lain..

"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)

Sunday, 20 October 2013

 
Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut. Takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...  "Ya Allah, peliharalah lidah kami"

Buruknya lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut...
"Harap jer bertudung labuh''

Kenapa perlu disalahkan TUDUNG .
bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH ..??

Tudung & purdah tak SALAH ..yang SALAH pemakainya ...

Dan yang BERTUDUNG LABUH, tak semestinya BAIK . BENARLAH ...

ketahuilah dengan bertudung LABUH ,
kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari
LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..

Kami hanya WANITA akhir zaman
yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini.. :')

Andai kami SALAH, TEGURLAH..
bukan CEMUHAN yang DIBERI..

usah disalahkan labuhnya tudung kami ..
kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN ....

Ketahuilah , dia yang menegur kamu dihadapan semua orang ,hanyalah ingin mengaibkan diri kamu . sedangkan dia yang menegur kesalahan kamu ketika hanya ada kamu dan dia..ketahuilah dia benar-benar ingin menasihati mu dan ingin kamu menjadi insan yg lebih baik

Allαh mengujimu kerαnα Allαh menyαyαngimu,
mαkα senyumlαh!(^__^)v :')

Friday, 26 July 2013

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI

بسم الله الرحمن الرحيم
 

Tips Berurusan Diantara Seorang Muslimah Dengan Lelaki Ajnabi

"Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat .Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke ,gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik_____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam

Bersederhana Dalam Menyukai Dan Membenci


bersederhana dalam menyukai dan bersederhana juga dalam membenci. Islam bukan hanya mengajar etika berkawan tapi mengajar juga etika ketika berdepan dengan orang yang tak disukai atau kurang disenangi. Prinsip terpenting yang menjadi asas keda-dua etika ni ialah keadilan..Saiyidina Ali pernah berpesan, "Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti, dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu dia bakal menjadi kekasihmu suatu hari nanti."