Followers

Tuesday, 31 December 2013

as salam...
hmm..tak fahamlah..bila kita diam org akan kata kita ni introvert lah..passivelah..tak bersosial lah..sedangkan bukankah diam itu lebih baik drpd banyak cakap tp banyak bercakap perkara yang sia2 dan tidak bermanfaat..kadang2 kita tak sedar pun yang bila kita banyak sgt ckp, possibility utk org terasa or kecil hati dgn kita makin tinggi because bila kita byk sgt bercakap, we tend to forget what we said..and bila kita sedar perkara ni, sebenarnya itu ialah didikan Allah SWT untuk kita diam..
DIAM tu perisai kebodohan dan DIAM itu juga boleh menjadi penghias kebijaksanaan.. sedar tak sedar sebenarnya dgn DIAM tu kita boleh meraih pahala and menghindari dosa..tapi janganlah diam aje bila kebenaran secara terang-terangan dipalsukan..masa tu berhujahlah menegakkan kebenaran..
fikir-fikirkanlah ya..as salam
Assalam,
dalam hidup ini, bila kita buat baik pada orang lain, jangan harapkan balasan hatta ucapan terima kasih pun daripada dia, buat dengan hati yang penuh ikhlas dan tak mengharapkan apa2 balasan..sebab bila kita mengharapkan dia membalas budi baik kita cthnya seperti ucapan terima kasih dan dia tak ucap, kita akan rasa kecil hati atau marah dan secara tak langsung terlintas" apalah dia ni, orang dh tolong, cakap terima kasih pun tidak!" padahal kita tak tau entah2 org tu lupa nk ucap terima kasih dan sebaliknya, dia mendoakan supaya Allah balas kebaikan kita...hmm fikir-fikirkanlah..
p/s: buat dgn niat hanya kerana Allah SWT, dgn cara tu,insyaAllah hati yg bersih dan ikhlas sapat dipupuk dgn lebih mudah lagi.

Monday, 30 December 2013

kalau hidup lagi 24 jam

 
assalam, kalau kita katakan bahawa kita semua cuma ada masa 24 jam je utk terus hidup di dunia ini sebelum ajal menjemput kita, saya yakin pasti ramai yang akan cepat2 bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT. mana2 yang selalu lengah2kan solat tu mesti akan cepat2 tunaikan solat, mana yg selalu buat maksiat pasti akan segera meninggalkan semua perbuatan haram itu, pendek kata, kita akan berebut2 untuk mencari keredhaan Allah SWT..
tapikan, tanpa kita sedari, sebenarnya, mungkin kita cuma ada tempoh 5 jam?4 jam? 3 jam? 1 jam? ataupun 10 minit je sebelum ajal menjemput kerana kita tak pernah tahu tarikh kematian kita, semua itu adalah rahsia Allah SWT. kenapa tidak kita mula bertaubat sekarang kerana mati itu kita tak akan tahu bila..wallahualam